1. ADAB ANAK KEPADA
ORANG TUA
Sebagai seorang anak yang
soleh, dengarkanlah perkataan orang tua dengan sebaik-baiknya.
Jalankan dan taati
perintah mereka bila perintah itu sesuai dengan syariat Allah Taala. Datanglah
lekas jika mereka memanggil. Tunduklah kedua lengan bahu dan redhakan diri di
hadapan keduanya, seperti yang diperintahkan Allah dalam firmanNya :
“Dan rendahkanlah dirimu
terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang…” (Al-Isra 24)
Jangan merasa bosan
berbakti kepada mereka. Jangan pula merasa bosan menjalankan perintahperintah mereka.
Jangan memandang mereka dengan pandangan sebelah mata. Jangan anda sampai
meninggikan suara di hadapan mereka atau berkata dengan suara keras ketika
berbicara dengan mereka. Jangan pula anda mengherdik atau berkata “cis” kepada mereka,
apalagi kalau sampai menyalahi, tidak mengendahkan perintah dan anjuran mereka.
2. ADAB ORANG TUA KEPADA
ANAK
Sebelum mengajar
anak-anak, hendaknya terlebih dulu dimulai dari diri sendiri kerana mata
anak-anak sangat tajam dan pendengarannya amat peka. Apa yang dikatakan
pengajar baik maka murid akan mengatakan baik juga. Apa yang dikatakan pengajar
buruk maka akan dianggap buruk juga oleh murid.
Bersikap tenang dalam
majlis, jangan menengok ke kiri dan ke kanan, Dalam pengajaran hendaknya banyak
menanamkan hal-hal yang menambah rasa takut anak kepada Allah. Jangan banyak
memarahi dan memukul mereka. Jangan pula mengajarkan hal-hal yang berkenaan
dengan “mushthalahul
hadits” sehingga mereka berani mengutarakan hadith-hadith.
Jangan membiarkan mereka
bercakap-cakap sendiri di dalam majlis dan jangan pula bergurau dengan salah
satu murid di hadapan mereka. Yang perlu diingat pula, jangan merasa tinggi
hati dengan apa-apa yang telah diberikan kepada mereka. Hendaknya menangani
segala permasalahan yang diutarakan mereka dengan rendah hati. Laranglah mereka
jika mengolok-olok temannya dan cegah bila mereka menikmati milik orang lain. Jelaskan
pula kepada mereka bahawa kebiasaan mengumpat, berdusta dan gossip adalah
perbuatan buruk.
Jangan memberi pertanyaan
kepada mereka pertanyaan yang berat dan jangan pula membebani keluarganya
kerana dapat membosankan mereka. Ajarkanlah mereka thaharah (bersuci) dan
shalat. Tunjukkan kepada mereka najis-najis yang dapat membatalkan shalat.
3. ADAB MAJIKAN KEPADA
PEMBANTU
Kepada para majikan,
ingatlah, jangan membebani pembantu pekerjaan di luar kemampuannya. Berbelas-kasihlah
kepada mereka saat mereka penat dan lelah. Jangan banyak memukul mereka. Jangan
mengutuk atau memarahi mereka. Maafkanlah dan terimalah ucapan maaf mereka
dengan alasan-alasannya. Apabila mereka membuat dan menghindarkan makanan,
ajaklah mereka untuk ikut menikmati makanan itu.
4. ADAB PEMBANTU KEPADA
MAJIKAN
Sebagai seorang pembantu
hendaklah menjalankan semua perintah-perintah majikan asal perintah itu benar
dan tidak di luar batas kemampuannya. Pembantu juga tidak diharamkan menasihati
dan menjaga diri saat si tuan sedang berpergian. Berusahalah memberikan
pelayanan sebaik-baiknya. Jagalah diri dari hal-hal yang diharamkan. Jaga juga kehormatan
majikan dan keluarganya. Berbelas kasihlah kepada anak-anak majikan. Jangan
sampai mengkhianati harta kekayaan majikan.
5. ADAB BERSAUDARA
Nampakkan kegembiraan dan
kesenangan ketika bertemu atau berkumpul dengan mereka. Mulailah megucapkan
salam. Tenteramkan dan lapangkan majlis mereka saat sedang berkumpul, seperti
yang diperintahkan Allah dalam firmanNya :
“Hai orang-orang yang
beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis” maka
lapangkanlah nescaya Allah akan member kelapangan untukmu….”(Al-Mujadilah 11)
Hendaknya ikut mengiringi
mereka walaupun beberapa langkah ketika hendak berpisah. Dengar
dan perhatikan
ucapan-ucapan mereka, jangan disanggah kecuali kerana benar. Bertutur sapalah dengan
mereka baik. Jangan berdebat mereka kecuali bila mereka telah selesai
berbicara. Panggillah mereka dengan nama yang mereka senangi.
6. ADAB BERTETANGGA
Awalilah dengan
mengucapkan salam. Jangan banyak berbual panjang-lebar dengan mereka. Jangan
pula banyak mengutarakan pertanyaan dan permasalahan. Tengoklah apabila mereka
sedang sakit. Berduka-citalah bila mereka sedang terkena musibah. Berikan
ucapan selamat dan nampakkan kegembiraan dan saat tetangga sedang berbahagia.
Bertutur-katalah yang baik
kepada anak-anak dan para pembantunya. Maafkan kesalahan dan
kehilafankehilafannya. Jangan mencerca atau memarahi mereka. Nasihatilah dengan
belas kasih. Kekang pandangan mata dari hal-hal yang diharamkan. Bantulah pula
mereka dalam menyelesaikan dan menghilangkan kesusahannya. Jangan memandang
terus dengan menaruh perhatian kepada pembantu wanitanya.
No comments:
Post a Comment