Wednesday, October 31, 2012

ADAB SUAMI ISTERI


1. ADAB SUAMI KEPADA ISTERI
Hendaklah si suami menggauli isterinya dengan baik (mu’aasyaroh bil ma’ruf) dan lemah lembut dalam bertutur kata. Menampakkan cinta dan kasih sayang kepada si isteri. Menampakkan pula kegembiraan saat berkumpul dan lupakan kesalahan-kesalahan yang telah lalu ataupun kekeliruan yang akan datang.

Jangan mengherdik isteri bila dia melakukan kesalahan. Jagalah kehormatannya dan jangan
banyak mendebatnya. Bersikaplah murah hati ketika memberinya nafkah, jangan bersikap kedekut kepadanya. Juga jangan diabaikan, berbuat baiklah kepada keluarga atau kerabatnya. Hendaklah menyajikan yang baik-baik kepadanya dan hendaklah mempunyai rasa cemburu.


2. ADAB ISTERI KEPADA SUAMI
Hendaklah si isteri selalu merasa malu kepada suaminya. Jangan banyak membantah dan berdebat. Diam, dengarkan serta perhatikanlah apabila suami sedang berbicara. Selalulah menjaga diri, harta dan anak-anaknya apabila suami tiada di rumah. Jangan berkhianat dalam segala hal terutama dalam soal harta.Usaha badan selalu segar dan harum. Jagalah mulut jangan sampai berbau tak sedap serta berpakaianlah yang bersih. Nampakkan rasa puas dan kesahajaan. Bersikaplah lemah-lembut dan berhiaslah secara berterusan.

Hormati dan muliakan keluarga dan kerabatnya. Pandanglah keadaannya dengan penuh keutamaan. Terimalah apa-apa yang dikerjakannya dengan rasa terima kasih. Nampakkan kecintaan anda padanya saat sedang berdekatan. Hendaklah nampakkan pula kegembiraan anda dengan menghilangkan rasa kerinduan saat melihat atau bertemu dengannya. Semarakkanlah suasana bila saat bersama.

3. ADAB LAKI-LAKI PADA DIRI SENDIRI
Laki-laki diharuskan membiasakan sholat berjemaah dan sholat Jumaat. Biasakanlah berpakaian bersih dan rapi serta rajinlah bersiwak. Jangan mengenakan pakaian yang mewah, tapi jangan pula mengenakan pakaian yang hina (missal lusuh atau rombeng). Jangan memanjangkan celana dengan rasa takbur, tapi jangan pula memendekkannya.

Jangan banyak menoleh ke kanan ke kiri saat berjalan. Jagalah pandangan, jangan melihat kepada yang bukan muhrimnya. Jangan meludah bila sedang bercakap-cakap. Jangan banyak duduk di depan pintu rumah bersama tetangga. Jangan pula menceritakan perihal isteri atau keadaan rumah tangganya kepada teman atau tetangganya.

4. ADAB WANITA PADA DIRI SENDIRI
Hendaklah wanita senang dan selesa tinggal di rumah. Jangan banyak ke luar rumah. Jangan banyak bersembang, bercerita ini dan itu dengan tetangganya. Jangan mengizinkan atau memasukkan seseorang ke dalam rumahnya, kecuali bila tamu itu muhrimnya atau yang sudah
benar-benar dikenalnya dengan baik.
Gembirakanlah suami apabila dia melihatnya. Jaga diri, harta dan anak-anak saat suami sedang pergi. Jangan membiasakan diri banyak ke luar rumah. Apabila merupakan suatu keharusan ke luar rumah maka sebaiknya dengan sembunyi-sembunyi melalui jalan yang tidak begitu ramai. Hendaklah memungkiri atau tidak melayani apabila ada orang lain yang melihatnya yang melihatnya berada di luar atau dalam rumah dengan maksud untuk kebaikan dirinya sendiri.

Bersikap baik dalam mengatur rumahtangga. Jalankan dengan baik dan tekun shalat dan shaum, serta selalulah bersikap peka dan introspeksi terhadap kekurangan diri sendiri. Wanita muslimah juga harus memikirkan dengan bersungguh-sungguh agamanya.

Jika anda ingin menjadi wanita yang baik dan mulia, jangan banyak omong, cerewet dan keras kepala. Peliharalah pandangan mata. Ingatlah bahawa setiap diri selalu diawasi oleh Allah. Banyak-banyaklah berzikir mengingat Allah. Bersikap patuh kepada suami. Berikan semangat kepadanya untuk mencari rezeki yang halal. Jangan banyak meminta yang memberatkan suami. Menyedikitkan bicara dan jauhi perkara yang tidak baik. Nampakkan rasa malu, banyaklah bersabar dan bersyukur.  Apabila teman suami datang minta dibukakan pintu padahal saat itu suami tidak berada di rumah, maka janganlah minta penjelasan darinya dan jangan menjanjikannya untuk dating kembali lagi. Ini sebagai ungkapan menjaga rasa cemburu pada dirinya dan rasa cemburu suami kepada si isteri.

No comments:

Post a Comment